Friday, June 25, 2010


Sudah hampir seminggu saya bersekolah selepas cuti.Ayah saya pula sudah mula bekerja disana(Terengganu).Saya sudah pun mendapat keputusan peperiksaan.Tetapi saya tidak memuaskan.Saya akan cuba lagi pada peperiksaan akan datang.Insyaallah.Bagaimanakah kawan2 saya yang di sekolah Agama dan rendah.Tentu baguskan,Saya rindu mereka semua.Semoga dapat berjumpa pada masa akan datang.Juga cikgu2.

Wednesday, June 23, 2010

SELEPAS BUKA SEKOLAH


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya.Pada 21 Jun sekolah telah dibuka,saya telah pun mendapat keputusan peperiksaan yang amat menakutkan dan berdebar-debar untuk mendapatnya.Saya akan belajar dari kesilapan yang dilakukan.Insyaallah.Saya rasa setakat ini sahaja saya nak cerita.Semoga berjumpa lagi dilain lembaran.

Saturday, June 19, 2010

CUTI 2 MALAYSIA SELEPAS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN



Pada 5 hb Jun 2010,selepas peperiksaan berlangsung,saya telah bercuti sekolah buat penggal pertama.Saya balik ke kampung di Terengganu.Saya menetap di pejabat yang baru disewa oleh ayah saya di Durian Burung.Setiap petang kami akan pergi ke rumah nenek saya di Kampung Pujuk.Saya bercuti di sana selama dua minggu.Pejabat ayah saya adalah untuk membuat mesin penetas telur ayam.Saya berasa bangga dengan ayah saya kerana mempunyai kerja yang sangat bagus.Saya berasa gembira kerana dapat mempelajari bagaimana mesin itu digunakan.Saya membantu ayah saya setiap hari.Saya memeriksa telur,memeriksa ayam,dan sebagainya.Sehinggakan saya berasa tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur.Saya berasa lucu apabila melihat anak ayam yang sudah menetas.Setiap pagi ayah dan emak saya akan ke pasar,jadi saya mengikut ayah saya ke pasar kadang-kadang.Saya berasa telah selesa di sana seperti rumah sendiri.Pada hari Rabu minggu kedua cuti sekolah,16 hb Jun saya telah pergi bersiar-siar di sebuah tempat bernama Kuala Ibai di Kuala Terengganu,Terengganu.Kami makan seafood di pinggir sungai tersebut.Suasana sangat meriah.Saya berasa tenang berada di sana.Saya berharap ini akan menjadi kenangan terindah dan memperoleh 8A dalam peperiksaan itu.