Wednesday, December 23, 2009

perpisahan antara kawan

Pada 21hb November saya telah meninggalkan Sekolah Kebangsaan Puchong Indah dan Sekolah agama(Kafa Intergrasi Madrasatul ikhwan)buat kali terakhir.Saya akan melangkah ke sekolah menengah.Saya amat merindui kawan-kawan saya.Banyak kenagan manis dan pahit semasa saya berada di sekolah rendah dan agama.Tidak lupa juga kepada guru yg berpenat lelah mengajar saya dia sekolah kebangsaan dan saya telah memperoleh 4a 1b dalam keputusan upsr juga kepada guru sekolah agama yg telah mengajar saya sehinggakan saya mendapat peratus 81.6%.Saya amat merindui semua guru-guru saya.Terutama Cikgu Azlin,Cikgu Azlinda,Ustazah Rahimah,Ustazah Zainoli dan lain-lain.Banyak kedukaan dan kesukaan yg saya lalui di sekolah.

Thursday, December 17, 2009

balik kampung dan melawat atuk dikelantan

Pada 4 hb 11 2009 saya telah balik kampung saya di Terengganu selama seminggu.Saya berasa sangat gembira.Selepas seminggu saya dan keluarga berada di sana,kami pergi ke Kelantan selama 3 hari 2 malam.Kami melawat atuk kami yg menetap di sana.Disamping itu kami berjalan-jalan di sempadan thailand.Selepas beberapa hari kami pulang ke rumah kami.Kami berasa sedih meninggalkan atuk kami.Sekian.

Thursday, December 3, 2009

kenangan atuk dollah

Pada 3/12/09 atuk angkat saya(Abdullah b Anuwar) telah memberikan hadiah kepada saya.Pada 4/12/09 beliau akan melanjutkan pelajaran di Kelantan.Beliau akan berpindah dan menetap disana.Kami samua berasa sangat sedih kerana kami semua telah menganggap beliau sebagai atuk dan ayah angkat kami sekeluarga.Banyak kenangan baik yg telah beliau tinggalkan kepada kami semua.